Assalamualaikum . Hi bloggers dan awak-awak yang sudi dan tanpa segan silu open my entry . Ohh My Ayat !
ITS OVER ! kita sudah habis " Ess Piiiee Aimmm " . YAHOOOOOOOOOOOO . seronoknyaaaa . kertas terakhir semalam ialah kertas Biology 3 ( kita masuk lambat sebab kita pergi rumah kawan kita ) . sebelum keluar dari dewan , salam pengawas-pengawas peperiksaan dan untuk pertama kalinya tengok pengawas ' cina ' tuhh senyum . hee . tiba jehh dekat intu masuk dewan peperiksaan , kawan kami , si Ragavendran menjerit . Merdeka ! kata dia . ahhaaha . pengawas-pengawas peperiksaan tuhh tengok dan senyum jehh . sportingkan pengawas-pengawas peperiksaan kami :D . Dekat anjung ilmu bising dengan suara kami-kami pelajar yang dah habis SPM nihh . sampaikan pengetua pun boleh keluar tengok kami . tapi . yang peliknya . pengetua tak marah . senyum aja sambil bercakap dengan Ustazah :)
Berakhirnya SPM , maka berakhirlah sesi persekolahan Baini :') . macam-macam perasaan ada . seronok , teruja , sedih , takut .
Seronok sebab sudah habis SPM , soalan-soalan pun dah dijawab sebaik yang mungkin . cuma . tawakal sahajalah untuk result . minta-mintalah dapat penanda kertas yang baik hati bagi markah .
Teruja sebab nak mencari pengalaman bekerja . macam mana rasa cari duit ? selama ni , Baini hulur tangan jehh mintak dekat mak ayah . teruja juga sebab nak tengok dunia luar yang jauh daripada alam persekolahan .
Sedih sebab dah nak berpisah dengan kawan-kawan yang banyak membantu dalam pelajaran selama nihh . diaorang yang naikkan semangat belajar , semangat daya saing dalam diri Baini . ahhaa . walaupun kadang-kadang selalu jugak bertekak tapi sekejap jehh bertekak tuhh . sedihh :') dah lama satu kelas , ada yang dari tingkatan satu duduk dalam satu kelas , ada yang tingkatan 4 . tapi hubungan kita semua dah rapat dah pun dekat kelas tu . tak dinafikan kauorang semua banyak songeh tapi bab kerjasama , mesti semua campur tangan .
Takut sebab kalau-kalau kita dah tak jumpa lagi selepas nihh . mesti semua orang nak buat hal masing-masing . takkan nak berkepit 24/7 kan . tak apa , semoga kauorang semua berjaya tempoh alam yang lain dari alam persekolahan dekat luar sana . Good Luck !
kenangan demi kenangan dah tercipta antara kita semua . tak kiralah kenangan pahit ke kenangan manis ke , yang pasti kita semua dah tempuhi . sekarang yang tinggal tu biarkan ia terus berlalu . mari kita sama-sama mulakan hidup baru sebagai seorang yang lebih matang . ahhaa . walaupun ada diantara kita ada lagi nampak macam budak-budak macam aku . ahhaaa . :) so , semoga berjaya kawan-kawan . jaga diri okayy !
No comments:
Post a Comment