Sunday, 9 December 2012

CHEGHITA 43 # WORKING !

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera bloggers dan awak-awak yang tak pernah segan silu baca entry Baini .

Awak-awak apa khabar ? ada baikkah ? hohhoo . setakat nihh kesihatan Baini alhamdulillah okayy jehh . cuma sejak BEKERJA nihh penat sikit . cehh . BEKERJA gituu .

Ehh , awokk tapi Baini serius , Baini bekerja sekarang . PART TIME jehh . kerja dekat galeri tudung Hajra . kuii-3 . memang penat . tapi hari nihh tak penat pulakk . ahaha . apapun memang syukurlah sebab dah bekerja sekarang daripada buang masa duduk rumah , habiskan duit parent kan . jadi ada baiknya cari pengalaman bekerja . :)

sejak bekerja nihh , Baini dah jarang texting dengan Lelaki Baini . Lelaki Baini pun dah start kerja . Baini gembira sebab dia bekerja dan tak habiskan masa dengan melepak . tapi yang sedihnya . kami tak ada masa untuk dihabiskan bersama :'/ Baini tak tahu apa yang akan terjadi dengan hubungan Baini dan Lelaki Baini . Baini redha jehh dengan ketentuan Allah . last Baini tengok dia , pandang muka dia 03.12.2012 . demi Allah , Baini rindukan Lelaki Baini . tetapi Baini dah berhenti berharap untuk dapat balik Lelaki Baini yang perangai dia macam cuti sekolah yang dua minggu pertengahan tahun bulan-bulan lalu .

teringat waktu minggu pertama SPM , ashik berkepit dengan Lelaki Baini , balik dengan dia . teringat waktu dia ajar Baini subjek Mathematics sehari sebelum paper Mathematics . Sebab dia ajar Baini hari tuhh , Baini boleh terima chapter transformation II dengan secepatnya . rindu Lelaki Baini dengan tersangat .

ingatkan hari nihh , nak tengok Lelaki Baini . nak tengok dia gelak-gelak , menjerit . tapi hujan turun dengan tersangatlah lebatnya . teringin nak tengok bola dengan dia . teringin nak tengok matahari terbenam . ahhaa . teringat kata-kata Lelaki Baini yang dia cakap selepas habis SPM nak pergi Desa Park City . tapi . sampai sekarang pun tak pergi-pergi lagi .

Dear My Lelaki , sesungguhnya saya masih tunggu kamu kotakan janji-janji kamu . masih berharap untuk kamu jadi yang dulu dan masih berharap saya dapat lagi tunjukkan perangai gila-gila saya yang cuti dua minggu tuhh . kelakar kalau difikirkan balik semua kenangan yang kita dah lalui bersama . apapun , saya hanya berserah kepada takdir yang Allah dah tentukan untuk hubungan kita .

Didi , apapun yang terjadi antara kita , percayalah awak adalah lelaki pertama yang saya sayang dengan sesungguhnya . saya tak akan lupakan kenangan antara awak dengan saya :') saya sentiasa rindukan awak dan berharap awak akan jadi Audi yang pernah sayangkan saya dengan seikhlas hati awak seperti dulu . ILOVEYOU :)

Didi , andai kata tiada jodoh antara kita , saya harap awak akan dapat perempuan yang boleh bahagiakan awak . perempuan yang awak boleh berikan kepercayaan dengan sepenuhnya terhadap dia . dan saya harap awak tak akan buat perangai awak yang satu tuh dekat perempuan awak nanti . percayalah , setiap perempuan nak perhatian yang lebih dari orang yang mereka cintai . jadilah diri awak yang terbaik untuk perempuan awak nanti Didi .

No comments:

Post a Comment