Sunday, 30 September 2012

CHEGHITA 30 # I CAN'T SLEEP

I MISS YOU . saya tak boleh pejamkan mata . saya terlalu fikirkan keadaan awak . awak , saya rindu awak sangat-sangat . saya tak tahu sampai bila kita akan jadi macam ni . saya berharap Allah bukakan pintu hati awak untuk buat satu keputusan yang sangat tepat untuk kebaikan hidup awak . saya takna awak ikut segala keputusan saya sebab saya takut keputusan saya akan membebankan awak :'/ saya nak awak fikir betol-betol setiap keputusan . saya taknak keputusan yang awak buat akan jadikan diri awak menyesal dengan apa yang berlaku suatu masa nanti .

Awak , setiap kali selepas dengar suara awak on the phone dengan saya , saya jadi sayu , saya sedih dengar suara awak macam tu . suara awak macam suara orang yang dah give up dengan apa yang dah berlaku . saya rindu nak dengar suara awak yang dulu , suara yang sentiasa bersemangat dan sabar dengan apa yang berlaku . :'/

Awak , 28.08.2012 . saya call awak kan . banyak kali :'/ hari tu saya tak berapa sihat . then , saya tidur awal sangat hari tu , selepas maghrib . dalam tidur , saya mimpikan awak . saya mimpi something happen to you . then , saya tersedar . saya risau keadaan awak waktu tu . saya try call awak . tapi . no response dari awak . panggilan saya tak berjawab pun . walauapapun , saya tahu awak busy dan saya tahu awak sentiasa okayy dan selamat :') maafkan saya sebab call awak banyak kali malam tu . saya cuma risau .

Tadi , on the phone dengan awak . awak nak tahu tak suatu perkara ? sebenarnya , saya tak tahu kenapa saya call awak . saya tahu saya rindu awak . :'/ saya tak boleh larang tangan saya untuk dial nombor awak . maafkan saya jika call dari saya menganggu malam-malam awak :'/

Awak , ILOVEYOU . saya sayangkan awak dari hari pertama saya terima awak dalam hati saya dan saya akan sayangkan awak sampai bila-bila . saya sayangkan awak selagi awak benarkan saya untuk terus menyayangi awak . awak , saya masih disini tunggu awak :'/


Saturday, 29 September 2012

CHEGHITA 29 # MY HEART BELONGs TO YOU

Assalamualaikum Bloggers dan awak-awak yang mengunjungi BLOG kita kali ni ^^ Heyy awak . hari ni berapa hari bulan ? 29.09.2012 kan-2 . betulkan ?


MY HEART BELONGs TO YOU . YOU ? siapakah ? ohh . jawapannya Awaklah , si penjenayah . ha . kan dah kena tuduh si penjenayah . awak memang penjenayahlah . kenapa awak curi hati saya ? kenapa dan kenapa ? 

Awak , ingat lagi tak tarikh 29.09.2008 ? kenapa dengan tarikh ni awak . yeahh , right . tarikh saya terima cinta awak seadanya dalam hati saya . seriously bermula dari tarikh ni , saya tetapkan dan hadkan hati saya hanya untuk awak . kerja gilakan . saya sayang awak lah gila tapi tak tahu nak buat macam mana lagi untuk awak faham perasaan saya ni . kebusyan anda membuatkan saya ternanti-nanti . tapi saya sentiasa sabar dan still disini tunggu awak . saya sentiasa ingat permintaan awak , " STAY WITH ME " . heyy , awak . dah lama saya stay dengan awak . awak je tak nampak :'/ seriously , wahai si pencuri hati terchenta , I MISS YOU .

hari ini , saya mengharapkan satu keajaiban akan berlaku . tapi . saya taknak terlalu mengharap sangat sebab saya takut ia akan mengecewakan saya balik . saya mintak maaf untuk semua kesalahan saya . saya tahu saya tak boleh jadi yang terbaik untuk awak . dan saya faham kalau itu yang terjadi . itu ketentuan Allah kan . saya redha apapun yang terjadi antara kita .

QUERIDA , 

> terima kasih sebab bersabar dan tahan dengan perangai , kerenah , perbuatan dan segala benda yang saya buat dekat awak sepanjang empat tahun ni ,
> terima kasih sebab sudi berada dalam hati dan ingatan saya selama ni 
>terima kasih sebab jadi yang terindah dalam hati dan hidup saya sepanjang empat tahun ni 
> terima kasih sebab awak pernah jadi penyelamat , penyelindung saya .
> terima kasih sebab jaga saya sepanjang empat tahun ni 
> terima kasih untuk kasih sayang yang awak beri dekat saya selama ni dan saya hargai sangat-sangat .
> terima kasih untuk masa yang awak peruntukkan untuk saya .

teringat pulak bila awak paksa saya baca " NOTE " yang saya tulis untuk awak tu .

* Merah untuk Darah . Darah untuk Hati . Hati untuk Cinta . Cinta untuk Awak . Awak untuk Saya . Saya saayangggggg Awak .


Wednesday, 26 September 2012

CHEGHITA 28 # JODOH Itu Ketentuan ALLAH SWT

Assalamualaikum . Hai bloggers dan awak-awak yang sudi mengunjungi Blog saya :)

Entry kali ini about JODOH . kenapa nak buat entry about JODOH erkk ? I dont know why tapi ini ada kaitan dengan Awak yang bertakhta di hati saya sejak sekian lama :')

Jodoh itu rahsia Allah . sekuat mana kita setia , seikhlas mana kita menerima , sekuat mana kita menyayangi       , selama mana kita menunggu , setabah mana kita bersabar , sekuat mana kita percaya pada si dia . Andai kata sudah tertulis dia bukan jodoh kita , kita tetap tidak akan bersama si dia . Itulah ketentuan Allah . sehebat mana sekalipun kita merancang , ketentuan tetap di tangan Allah . Apa yang kita mampu ialah BERDOA . Berdoa supaya kita dipertemukan jodoh di dunia dan diakhirat . Dan tak lupa juga kita dapat jodoh yang baik dan boleh membimbing kita ke jalan yang diredhai Allah , InsyaAllah . 


Untuk awak yang dah lama bertakhta di dalam hati saya , I STILL WAITING FOR YOUR LOVE . saya dah lama jaga hati dan perasaan saya untuk awak . hanya awak . saya harap awak sedar yang saya masih menharapkan awak untuk jaga saya seperti mana janji awak suatu ketika dahulu . semua kisah , cerita antara awak dengan saya masih ada dalam ingatan saya . teringat waktu saya nyanyi lagu Kenangan Terindah dan awak tiba-tiba nyanyi sekali dengan saya . seriously malam tu memang terindah walaupun kita nyanyi sama-sama melalui handphone . itupun dah Alhamdulillah . awak , saya tak suka keadaan kita sekarang . semakin menjauh . saya rindu nak dengar awak bercoloteh . saya rindu nak main game kereta dan ' bola jaring ' or ' jaring bola ' , apa-apa lah nama game tu . saya rindu semua benda yang saya buat bersama awak . Joging . Buang masa bersama-sama dengan awak , makan aiskrim Peppermint tu . bila teringat tentang aiskrim , sampai sekarang saya tak makan aiskrim . saya nak makan aiskrim dengan awak :') setiap malam , sebelum tidur . saya teringat waktu awak nyanyikan lagu Selamat Malam . awak nyanyi lagu tu atas permintaan saya . ohhsheemm awak . 


QUERIDA , you are the one who make me smile . you always be apart of me . from my days down and on , i'll never stop thinking of you . ILOVEYOU .

awak , bila tulis ayat ILOVEYOU tu kan , saya teringat waktu saya bagitau awak . " saya tulis ILOVEYOU rapat-rapat sebab saya tak nak ada orang lain antara kita berdua " . dan sampai sekarang pun saya masih lagi berharap yang tak akan ada orang lain antara kita . 

awak , saya nak .
  
hulurkan tangan saya untuk bangunkan awak disaat awak terjatuh ,
pinjamkan bahu saya untuk awak menangis ,
> pinjamkan telinga saya untuk mendengar segala luahan hati awak ,
> kita bersama-sama akan ada apabila salah seorang antara kita ada masalah ,
> kita kongsi masalah bersama ,


awak , saya rindukan awak , saya sayangkan awak . segala perasaan yang saya rasa dekat awak , ikhlas , saya masih disini tunggu kehadiran awak seperti dahulu :')

Tuesday, 25 September 2012

CHEGHITA 27 # SEDIH

Assalamalaikum , heyy bloggers and awak-awak yang kunjung blog kita :)

err , saya sedih la awak . sebab . sebab . cikgu . cikgu . care sangat tentang saya . saya bukan apa , saya tak suka bila kawan-kawan saya cakap " bapak kau kan " , " ye la , cikgu tu kan mak kau " . haishh , ingat kita ni kaki ampu cikgu ke ? kita tak mintak pun semua tu , kita just nak ilmu daripada cikgu-cikgu kita . seriously , saya kata . dengar awak cakap macam tu kan kawan , kita terasa . tapi biasalah , kita kan sekejap je kalau terasa pun . takde la sampai terbawak dalam hati . kita dah berapa tahun sekelas . lagipun kita 17 orang je dalam kelas tu , x mau la gaduh-gaduh , ada salah faham semua . saya sayangkan awak-awak semua tau . cuma kadang-kadang saya terfikir . saya ni kaki ampu cikgu ke sampai cikgu utamakan kita ? awak tau tak , cikgu-cikgu tu pun care pasal awak jugak tau . cuma saya kan lemah dalam subjek tu , sebab tu cikgu focus lebih dekat kita . saya mintak maaf tau kawan-kawan , kalau awak terasa sikap cikgu tu pilih kasih . saya  tak nak sebab perangai cikgu yang pilih kasih , awak dah takde semangat nak belajar subjek tu . nanti kalau awak tak boleh jawab paper subjek tu waktu SPM nanti macam mana ? kalau boleh saya nak kita semua nanti senyum je bila jawab semua paper subjek yang kita semua ambik . teringin nak tengok kita semua dapat result yang baik-baik , yang boleh buat cikgu-cikgu kita bangga .


kawan , saya mintak maaf sebab kata-kata cikgu dekat awak . saya tak tau pulak cikgu akan cakap macam tu . kalau saya dekat tempat awak pun , saya akan rasa sedih jugak . saya tau awak tak marahkan saya , awak marahkan cikgu . tapikan awak ,  punca awak marah dekat cikgu sebab saya kan . saya rasa bersalah sangat dengan awak . saya mintak maaf . selepas ni , saya akan belajar sendiri , mintak tolng kawan-kawan dekat kelas kita yang ajarkan . bila betol-betol tak faham baru saya tanya cikgu . semua ni saya buat sebab kita . hubungan kita sebagai kawan . :) kita belajar sama-sama okayy , apa yang kita dapat , kita kongsi sama-sama :') awak antara penasihat terbaik saya selepas zafirah , syafiq dan mira :'D

Thursday, 20 September 2012

CHEGHITA 26 # MAAFKAN SAYA :'/

maafkan saya , cikgu . saya dah buat yang terbaik dalam percubaan SPM saya kali ini . maafkan saya , andai result saya mengecewakan cikgu-cikgu . saya hampakan harapan cikgu , harapan sekolah . cikgu , saya sendiri kecewa dengan result saya tapi saya dah cuba semampu yang saya boleh . saya memang lemah dalam subject yang melibatkan pemikiran dan pembacaan . saya lebih minat mengira daripada membaca . saya tau result saya kali ni teruk , saya dah cuba cikgu . dah ! saya tau , saya dah malas . tapi saya masih cuba dan paksa diri saya untuk dapatkan keputusan yang terbaik . dapatkan keputusan yang boleh membanggakan ibubapa , cikgu-cikgu yang tak kenal penat dan lelah mengajar saya . saya cuba semampu yang saya boleh cikgu . cikgu , saya sendiri pun kecewa dengan result saya walaupun saya baru tengok markah paper 1 mathematics , paper 1&2 agama islam , paper 1 bahasa melayu , paper 1&2 biology , paper 1 chemistry , paper 1 addmath dan paper1&2 english . MAAFKAN SAYA , CIKGU . 


ya Allah , kata-kata cikgu tadi masih terngiang-ngiang dalam ingatan kita . sedih bila dengar kata-kata cikgu . saya tau saya malas dah sekarang cikgu , tapi saya masih lagi belajar . saya masih lagi buat ulangkaji cuma tak sekerap dulu .

* saat ni betul-betul perlukan fyra , myra dan syafiq . korang , baini dah bodohh dahh . dah tak macam dulu . sekarang semangat baini semakin berkurang , kurang dan kurang . baini dah cuba yang terbaikk . mesti result percubaan SPM korang gempak-gempak kan . :'( fyra , perlukan fyra untuk berada disisi kita supaya kita terasa tercabar dengan kepandaian fyra . dan mula ada semangat lagi nak bersaing dengan fyra dan kawan-kawan dalam kelas untuk dapatkan result yang terbaikk . teringat waktu kita ditingkatan 3 dulu .syafiq , perlukan khidmat nasihat syafiq . syafiq selalu nasihat baini . selalu bagi semangat dekat baini supaya baini tak cepat give up . myra , perlukan myra . myra selalu buat kita gelak , happy-happy . myra x pernah buat kita sedih-sedih . bila kita sedih je , myra mesti marah dan buat lawak bodohh . :')

ZAFIRAH , SYAFIQ dan MIRA . IMISSYOU :'/

Wednesday, 19 September 2012

CHEGHITA 25 # RHINDU

ILOVEU NOOR BAINI AMRAN ♥ . Kalau boleh saye tunjuk bertapa besarnye cinta saya kat awak akan saye tunjuk . Bukan sebab kita dah 4 tahun saya tana lepaskan awak . Tapi cinta saya yang besar kat awk tuh buat saya tak boleh lepaskan awk . :'( . Im always cry because of you . 

NOOR BAINI AMRAN
.
"
terharu + terkejut apabila baca status dekat FB awak yang tertulis macam " " tu . saya faham perasaan awak . stress . mesti awak pun sedang keliru dengan perasaan awak sekarangkan . kesian awakk . saya tak suka tengok awak sedih-sedih . seriously rindu awakk . rindu gelak awak . ketawa awak , pandangan awak , semua benda tentang awak lahh . tapi saya faham . awak sekarang . hmm . tak tahu nak luah macam mana , tetapi yang pasti , 


INEEDYOU , IMISSYOU , I'LL ALWAYS HERE FOR YOU



awakk , walau macam manapun , saya tetap dekat sini untuk awak . sentiasa ada untuk awak , jadi bila awak ada apa-apa , cari saya okayy .

awak ingatkan saya pernah cakap " saya akan ada dibelakang awak , supaya bila awak terjatuh , saya boleh bangunkan awak balik . " ingatkan kata-kata saya . jadi , walau macam manapun keadaan awak , apapun yang telah awak buat dekat saya . I STILL HERE WAITING FOR YOU :')

Monday, 17 September 2012

CHEGHITA 24 # KITA

Assalamualaikum , HAII bloggers dan pembaca yang berkunjung dekat BLOG saya :)

  * CINTA TIDAK SELALUNYA INDAH , HATI TIDAK SELALUNYA GELISAH *

cuba hayati ayat dalam ** . tau tak apa maksud disebalik ayat tu . saya tak tau . kalau kamu-2 tau , silalah comment sebentar lagi .

ingat lagi ayat yang dibaca dalam sebuah buku , buku tu orang yang kita sayang tunjukkan waktu dekat BOOKSTORE .
  " berbahagialah selagi kamu masih bersama . jangan sia-siakan masa yang kita ada untuk bersama-sama , kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan "

sampai sekarang ayat ni kita ingat . dan kita dah janji dah pun nak buat kamu bahagia dalam tempoh yang kita dah setujukan semalam . selepas tempoh tu , kita akan buat keputusan sama-2 . adoyainyapunnn . kita terpaksa buat macam ni . tindakan kita ni kejam ke ? kejam , memang kejam . tapi tak sekejam perbuatan awak dekat saya . :'/

bila duduk seorang-2 kan , kita teringat kenangan antara kita . lagi-2 kenangan kita jatuh waktu masuk acara 400 m tu . awak , lalu kat bahagiaan kita jatuh tu , awak pandang je . sampaikan awak pun macam dah takde semangat nak lari . hee , sorry . saya tak tau awak tamatkan ke tak larian awak tu , tapi selepas awak lari tu awak pergi dekat kita . awak tanya , okayy ke tidak . awak care juga pasal saya . ingatkan tak . walaupun akak PBSM tu ada dekat situ untuk tolong saya , awak still ada dekat sebelah saya . dah sampai tempat untuk merawat orang cedera tu , awak tolong kipaskan saya . ahhaa , nak tergelak tengok muka awak waktu tu . ingat lagi cikgu cakap " waktu ni memanglah sayang , nanti dah kahwin , sakit . buatlah sendiri " kita gelak je dengar cikgu cakap macam tu . teringat jugak akak PBSM tu cakap " tolong dukung dia " . kita pandang je awak waktu tu . kita teringat ayat awak " make up awak jatuh " . sampai hati cakap macam tu . saya tak pakai apa-2 make up pun . hee , muka saya merah waktu tu sebab panas . dah letak ais kat kaki , bila saya dah okay , boleh jalan dah . awak ajak saya duduk dekat atas . tapi tak lama kita duduk sama-2 , awak ada acara lagi . :'/ seriously , saya rasa terharu awak buat saya macam tu . awak protect saya . awak ambik berat pasal saya . bukan kenangan ni je saya ingat , semua benda antara kita saya ingat .

tapi . sekarang . saya tak tau . biar takdir yang tentukan . saya tak nak tengok awak sedih-2 lahh . walauapapun yang terjadi dalam tempoh lebih kurang 2 minggu ni , saya akan sentiasa ada untuk awak , sentiasa ada dibelakang awak untuk bangunkan awak balik disaat awak terjatuh :'/

Monday, 3 September 2012

CHEGHITA 23 # BLANK .

Assalamualaikum ,

fuhhhh . berhabuk dah blog ni . lamanya tak update cerita baru . tiada apa-apa yang perlu diceritakanlah . IM BLANK !

life sekarang ? hmm . macam biasa je kot . saya sihat dan okayy . ohh yeahhh , tengah percubaan SPM la sekarang . apa yang kita nak untuk trial ni ? nak semua lulus . kalau boleh nak dapatkan semua A dalam 10 subjek tu , sekali seumur hidup je kan . teringin la nak dapat 10A . A+ lagi alhamdulillah . but I try the best for my own result .

heyy , kamu-2 semua . ahhaa , my pengunjung blog . apa khabar ? sihat ? okayy . saya tak tau nak cakap apa . BYE . ^^