Monday 17 September 2012

CHEGHITA 24 # KITA

Assalamualaikum , HAII bloggers dan pembaca yang berkunjung dekat BLOG saya :)

  * CINTA TIDAK SELALUNYA INDAH , HATI TIDAK SELALUNYA GELISAH *

cuba hayati ayat dalam ** . tau tak apa maksud disebalik ayat tu . saya tak tau . kalau kamu-2 tau , silalah comment sebentar lagi .

ingat lagi ayat yang dibaca dalam sebuah buku , buku tu orang yang kita sayang tunjukkan waktu dekat BOOKSTORE .
  " berbahagialah selagi kamu masih bersama . jangan sia-siakan masa yang kita ada untuk bersama-sama , kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan "

sampai sekarang ayat ni kita ingat . dan kita dah janji dah pun nak buat kamu bahagia dalam tempoh yang kita dah setujukan semalam . selepas tempoh tu , kita akan buat keputusan sama-2 . adoyainyapunnn . kita terpaksa buat macam ni . tindakan kita ni kejam ke ? kejam , memang kejam . tapi tak sekejam perbuatan awak dekat saya . :'/

bila duduk seorang-2 kan , kita teringat kenangan antara kita . lagi-2 kenangan kita jatuh waktu masuk acara 400 m tu . awak , lalu kat bahagiaan kita jatuh tu , awak pandang je . sampaikan awak pun macam dah takde semangat nak lari . hee , sorry . saya tak tau awak tamatkan ke tak larian awak tu , tapi selepas awak lari tu awak pergi dekat kita . awak tanya , okayy ke tidak . awak care juga pasal saya . ingatkan tak . walaupun akak PBSM tu ada dekat situ untuk tolong saya , awak still ada dekat sebelah saya . dah sampai tempat untuk merawat orang cedera tu , awak tolong kipaskan saya . ahhaa , nak tergelak tengok muka awak waktu tu . ingat lagi cikgu cakap " waktu ni memanglah sayang , nanti dah kahwin , sakit . buatlah sendiri " kita gelak je dengar cikgu cakap macam tu . teringat jugak akak PBSM tu cakap " tolong dukung dia " . kita pandang je awak waktu tu . kita teringat ayat awak " make up awak jatuh " . sampai hati cakap macam tu . saya tak pakai apa-2 make up pun . hee , muka saya merah waktu tu sebab panas . dah letak ais kat kaki , bila saya dah okay , boleh jalan dah . awak ajak saya duduk dekat atas . tapi tak lama kita duduk sama-2 , awak ada acara lagi . :'/ seriously , saya rasa terharu awak buat saya macam tu . awak protect saya . awak ambik berat pasal saya . bukan kenangan ni je saya ingat , semua benda antara kita saya ingat .

tapi . sekarang . saya tak tau . biar takdir yang tentukan . saya tak nak tengok awak sedih-2 lahh . walauapapun yang terjadi dalam tempoh lebih kurang 2 minggu ni , saya akan sentiasa ada untuk awak , sentiasa ada dibelakang awak untuk bangunkan awak balik disaat awak terjatuh :'/

No comments:

Post a Comment