Tuesday, 25 September 2012

CHEGHITA 27 # SEDIH

Assalamalaikum , heyy bloggers and awak-awak yang kunjung blog kita :)

err , saya sedih la awak . sebab . sebab . cikgu . cikgu . care sangat tentang saya . saya bukan apa , saya tak suka bila kawan-kawan saya cakap " bapak kau kan " , " ye la , cikgu tu kan mak kau " . haishh , ingat kita ni kaki ampu cikgu ke ? kita tak mintak pun semua tu , kita just nak ilmu daripada cikgu-cikgu kita . seriously , saya kata . dengar awak cakap macam tu kan kawan , kita terasa . tapi biasalah , kita kan sekejap je kalau terasa pun . takde la sampai terbawak dalam hati . kita dah berapa tahun sekelas . lagipun kita 17 orang je dalam kelas tu , x mau la gaduh-gaduh , ada salah faham semua . saya sayangkan awak-awak semua tau . cuma kadang-kadang saya terfikir . saya ni kaki ampu cikgu ke sampai cikgu utamakan kita ? awak tau tak , cikgu-cikgu tu pun care pasal awak jugak tau . cuma saya kan lemah dalam subjek tu , sebab tu cikgu focus lebih dekat kita . saya mintak maaf tau kawan-kawan , kalau awak terasa sikap cikgu tu pilih kasih . saya  tak nak sebab perangai cikgu yang pilih kasih , awak dah takde semangat nak belajar subjek tu . nanti kalau awak tak boleh jawab paper subjek tu waktu SPM nanti macam mana ? kalau boleh saya nak kita semua nanti senyum je bila jawab semua paper subjek yang kita semua ambik . teringin nak tengok kita semua dapat result yang baik-baik , yang boleh buat cikgu-cikgu kita bangga .


kawan , saya mintak maaf sebab kata-kata cikgu dekat awak . saya tak tau pulak cikgu akan cakap macam tu . kalau saya dekat tempat awak pun , saya akan rasa sedih jugak . saya tau awak tak marahkan saya , awak marahkan cikgu . tapikan awak ,  punca awak marah dekat cikgu sebab saya kan . saya rasa bersalah sangat dengan awak . saya mintak maaf . selepas ni , saya akan belajar sendiri , mintak tolng kawan-kawan dekat kelas kita yang ajarkan . bila betol-betol tak faham baru saya tanya cikgu . semua ni saya buat sebab kita . hubungan kita sebagai kawan . :) kita belajar sama-sama okayy , apa yang kita dapat , kita kongsi sama-sama :') awak antara penasihat terbaik saya selepas zafirah , syafiq dan mira :'D

2 comments:

  1. setiap cikgu mesti akan ada murid kesukaannya, perkara biasa tu ... jangan sedih sangat sama gak dengan halnya setiap murid mesti ada cikgu yg disukainya kan?

    ReplyDelete
  2. setuju dengan kata-kata awak . tapi sedih bila dengar kawan-kawan cakap macam-2 . seolah-olah , saya kaki ampu cikgu :'/

    ReplyDelete